Pembangunan Hijau.
![]() Twitter.
Archives.
|
Bagi seorang ahli pembangunan, pembangunan itu tidak hanya dilihat dari aspek fizikal semata-mata. Faktor persekitaran sangat penting dan perlu diambil kira. Pembangunan mampan merupakan satu perkara yang wajar dititkberatkan oleh semua pemaju yakni tidak hanya memikirkan soal keuntungan malah turut mengambil kira soal masa hadapan. Sememangnya bumi ini dipinjam dari anak cucu kita. Malahan nenek moyang kita dahulu turut meminjam bumi ini daripada kita! Wajarkah bumi ini dihilangkan kehijauannya dan terus menjalankan pembangunan di seluruh dunia. Sememangnya pembangunan itu penting kerana ia merupakan satu tanda aras tahap ekonomi sesebuah negara, Malahan ia turut mempengaruhi pendapatan perkapita masyarakat.
Sebagai generasi muda yang akan memimpin negara, kitalah yang perlu membangunkan negara ini dengan kesedaran terhadap pembangunan mampan. Jika tidak, anak cucu kita mungkin tidak dapat lagi merasai nikmat hidup yang kita punyai hari ini.
![]() ![]() |
< |