Globalisasi merupakan fenomena kehidupan manusia dalam usaha mencapai kemajuan bertamadun. Fenomena ini mempengaruhi penjanaan bahan buangan atau sisa. Kadar penjanaan sampah sisa pejal di negara maju adalah lebih tinggi berbanding dengan negara lain. Menurut Tchobogous pada tahun 1977, kadar penjanaan sampah sarap ialah antara 0.5 hingga 1.5 kg/orang/hari.
Sisa Pejal di Malaysia
Menurut Abu Bakar pada tahun 1978, setiap tong sampah memerlukan belanja kira-kira tiga puluh ringgit dan pada tahun 1986, di Kuala Lumpur sahaja, sebanyak RM42 juta telah dibelanjakan untuk menguruskan sampah sarap.
Menurut Goh pada tahun 1986, masyarakat di Malaysia menggunakan kaedah pembakaran secara terbuka, kambus tanah untuk melupuskan sisa. Third World Network pada tahun 1989 menyatakan bahawa tanpa penggunaan sistem pengawalan pencemaran dan kaedah melupuskan sisa yang piawai boleh mengancam kualiti alam sekitar.
Air Lesapan
Air lesapan merupakan air sisa yang berbahaya kerana mempunyai ciri-ciri kualiti air sisa yang sangat bahaya. Di negara-negara maju kebanyakan nilai-nilai parameter tersebut mencapai sehingga puluhan ribu mg/L, tetapi di Malaysia hanya setakat ratusan hingga seribu mg/L.
Seorang penyelidik di United Kingdom, Robinson (1992), telah melakukan kajian dengan kaedah kolam berudara secara praktikal di Loji Rawatan Bryn Posteg dan ternyata berjaya mengurangkan BOD, COD, nitrogen, logam-logam berat seperti kadmium, plumbum, zink pada kadar melebihi 95 peratus. Selain itu, kandungan pejal terampai nitrogen amonia dan oksida dapat disingkirkan sehingga hampir 80 peratus. Gambaran ringkas prestasi loji tersebut ditunjukkan dalam Rajah 1
Rajah 1 Contoh nilai BOD dan COD air lesapan di tapak pelupusan sampah di Malaysia dan Luar negara.
Negara
COD (mg/L)
BOD (Mg/L)
Malaysia
2,000
405
United Kingdom
12,000
8,000
U.S.A
3,000-45,000
2,000-30,000
Sumber. Otieno 1989; dan Matsufuji 1993
Analisis Masa Pemungutan
Masa pemungutan boleh ditakrifkan melalui satu formula iaitu : M = k (ma + mb + mp)
M ialah masa pemungutan bagi setiap trip; k ialah kecekapan memungut yang juga dinyatakan sebagai 1/(1-w); ma adalah masa mengambil sampah dari punca penjanaannya bagi setiap trip; mb adalah masa yang digunakan bagi membuang sampah di tapak pembuangan; dan mp ialah masa memunggah sampah dari tempat pengambilan terakhir hingga ke tapak pembuangan.
Tchobanoglous pada tahun 1997 menyatakan bahawa masa punggah, mp adalah berkadar terus dengan jarak antara tempat pengambilan terakhir dengan tapak pembuangan. Ini digambarkan seperti yang berikut : mp = a + bx
a dan b adalah pemalar emperik a dinyatakan dalam unit jam/trip dan b pula unit jarak (km)/trip; unit untuk x ialah km.
Kecekapan operasi memungut boleh memberi maklumat mengenai faktor halangan w yang bernilai sebagai angka perpuluhan. Nilai w ini menyatakan masa yang digunakan untuk kegiatan yang tidak boleh diambil kira sebagai kerja berfaedah bagi operasi pemungutan, misalnya masa yang diambil sewaktu menghadapi kesesakkan lalu lintas, membaiki kenderaan, masa rehat dan makan tengahari dan juga masa keluar masuk garaj.
Adalah menjadi harapan dengan mengambil kira nilai pemalar seumpama a dan b dalam reka bentuk suatu sistem operasi pemungutan yang baru, yang mana mungkin berbagai-bagai pilihan laluan kenderaan memungut diambil kira, ia akan menghasilkan suatu operasi pemungutan yang lebuh cepat. Perlu diambil perhatian, bahawa sebarang perubahan kecekapan operasi pemungutan akan melibatkan perubahan perbelanjaan yang agak nyata.
Jadual 2 Perbandingan keputusan analisis pemungutan sampah sarap di Lembah Klang (Lokman, 1992)
Kawasan
a
b
w
M
mp
mb
K.Lumpur
0.107
0.019
0.282
4.7
2.63
0.12
P.Jaya
0.102
0.029
0.382
2.37
1.79
0.16
Gombak
0.085
0.027
0.273
2.61
1.39
0.05
Shah Alam
0.161
0.026
0.355
2.58
1.69
0.12
Johor
0.068
0.023
0.26
4.05
2.23
0.10
California
0.08
0.014
<0.25
-
-
<0.13
Keputusan yang telah diperolehi dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa berdasarkan faktor masa sewaktu operasi pemungutan, kecekapannya adalah pada tahap yang boleh dianggap baik, iaitu melebihi 63 peratus berbanding dengan kes di California yang mempunyai kecekapan masa pemungutan melebihi 75 peratus.
Sejarah Pengurusan Sisa Pejal
Di zaman purba, pengurusan sisa pepejal adalah melalui lokasi, kebudayaan, kepercayaan dan juga kemajuan teknologi yang ada pada masa itu. Di Mesir pada 2100 sebelum Masihi, orang kelas atasan membuang sisa pepejal ke dalam Sungai Nil manakala orang kelas bawahan pula, membuang sisa pepejal di hadapan rumah mereka. Tempat pembuangan sisa pepejal yang pertama telah dibina pada tahun 500 SM di Athen dan Rom (Chisea, 1981). Kedua-dua tempat ini berfungsi untuk mengumpul sisa pepejal dan telah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Pada penghujung abad pertengahan, sistem pelupusan sisa pepejal tidak lagi dilaksanakan dan ini telah memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Terdapat binatang peliharaan seperti khinzir berkeliaran mencari makanan dari sisa pepejal yang berlonggokan di lorong-lorong belakang dan di tepi jalan raya. Keadaan ini mula berubah apabila terbentuknya undang-undang pengurusan sisa pepejal yang telah dikuatkuasakan di negara tersebut.
Menurut Chung pada tahun 2002, di China iaitu sejak 4000 tahun dahulu, rakyatnya telah menggunakan sisa pepejal sebagai baja di ladang mereka untuk meningkatkan tahap kesuburan tanah.
Perubahan besar yang pertama ke atas pengurusan sisa pepejal telah dimulakan semasa Revolusi Perindustrian. Bermula 1880-an penduduk-penduduk telah mula menitikberatkan isu kebersihan alam sekitar demi menjamin kesihatan sejagat.
Teknologi baru mula direka untuk menguruskan sisa pepejal. Tapak pelupusan dan pengasingan sisa pepejal juga telah diperkenalkan. Menurut Menke-Gluckkert pada tahun 1985 pembakaran sampah secara tertutup telah dilakukan pada tahun 1885 buat kali pertama manakala projek kitar semula yang pertama diperkenalkan di New York pada tahun 1895. Pada tahun 1920-an, bilangan tapak pelupusan sanitari mula bertambah. Di antara cara untuk mengurus sisa pepejal ketika itu adalah menebus guna tanah paya untuk pembuangan sampah.
Kemelesetan ekonomi yang teruk pada 1930-an membawa perubahan ketara terhadap penggunaan lori sampah dan kawalan kebersihan tapak pelupusan sisa pepejal. Pada tahun 1950-an, masyarakat lebih suka membuang sisa pepejal tanpa mengasingkannya. Tapak pelupusan sisa pepejal sanitari bertambah dengan pesat dan amalan kitar semula semakin dilupakan. Syarikat-syarikat besar yang dipertanggungjawabkan terhadap sistem pengurusan sisa pepejal telah ditubuhkan pada tahun awal 1960-an.
Kempen kitar semula dan pengurangan sisa pepejal diwujudkan semula sekitar 1970-an. Kesedaran masyarakat semakin meningkat terhadap pengurusan sisa pepejal kerana menyedari akan kesan buruknya bukan sahaja terhadap alam sekitar malah kepada tahap kesihatan mereka sendiri.
Pengurusan Sampah di Malaysia Posted by Tuesday, 22 October 2013 19:49 with 0 notes | add more notes
Sisa Pejal Akibat Kehidupan