<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7070921759824583856?origin\x3dhttp://pemajuhijau.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Pembangunan Hijau.

Twitter.

Archives.

Barang Second-Hand selamatkan bumiFriday, 13 December 2013 leave me ♥?


Terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk membuat perubahan dengan menggunakan kuasa yang ada di tangan anda dan membuat suara anda didengar. Oleh kerana masyarakat kita ini dipandu oleh konsumerisme, salah satu cara terbaik bagi memanfaatkan wang anda dan memuaskan keinginan membeli-belah anda dan pada masa yang sama dapat menyelamatkan alam sekitar adalah dengan membeli barang second-hand.

Walaupun produk hijau dan pilihan organik terus diperkenalkan dan mendapat sambutan yang hebat, masih ada satu cara yang boleh memberi kesan kepada dunia iaitu dengan cara mengitar semula, menggunakan semula dan menghargai barang dan hanya memerlukan kos yang sedikit sahaja.

Jualan lambak, barang lelong, kedai-kedai second-hand dan banyak lagi tempat menawarkan barang yang tidak diterima dari kilang mahupun sudah ketinggalan dari segi fesyen tetapi masih boleh digunakan lagi. Harga yang ditawarkan juga jauh lebih murah dan mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Walaupun barang ini tidak diterima untuk dijual di gedung membeli-belah terkemuka namun barangnya masih berkualiti. Dengan ini, duit dapat disimpan dan digunakan untuk membeli keperluan lain.

Dengan membeli barangan terpakai, kita dapat mengurangkan permintaan pembuatan dan dapat menyimpan lebih banyak barang daripada dibuang ke tapak pelupusan. Barang-barang buatan manusia banyak dibuang secara berterusan dari hari ke hari. Melalui penggunaan semula, barang ini dapat digunakan dengan lebih lama lagi di rumah dan dapat mengurangkan pencemaran alam dan menyelamatkan bumi.

Hal ini juga dapat memberikan inspirasi untuk mengitar semula barangan atau pakaian yang tidak lagi digunakan. Barangan mahupun pakaian yang tidak lagi digunakan ini boleh didermakan di pusat kitar semula ataupun di rumah anak yatim mahupun kepada mangsa bencana alam. Barang dan juga pakaian ini juga boleh ditawarkan di kedai-kedai yang menjual pakaian terpakai dan kedai lambak. Barang-barang yang sukar dicari dan menjadi permintaan ramai seperti barang vintage ataupun antik boleh dijual kepada peminat-peminat barang tersebut. Tindakan ini bukan sahaja membolehkan kita berasa gembira dengan tindakan kita tetapi juga dapat menjimatkan wang serta dapat menyokong pergerakan hijau dan pencinta alam.

Jika anda seorang yang mementingkan jenama, anda mungkin akan mendapati banyak barang dan pakaian yang berjenama yang dikitar semula. Ini adalah satu cara yang baik untuk disesuaikan dengan keperluan anda yang bergaya sambil dapat berjimat dan membantu alam sekitar.

Membeli-belah adalah satu bahagian penting dalam ekonomi dan dipacu oleh para pengguna. Dengan membeli di kedai-kedai terpakai merupakan satu cara yang bermanfaat dan membantu menggalakkan ekonomi, menyelamatkan alam sekitar tetapi masih memenuhi keinginan anda untuk pakaian dan barangan yang unik.


<