<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7070921759824583856?origin\x3dhttp://pemajuhijau.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Pembangunan Hijau.

Twitter.

Archives.

Kematian ikan paus yang disebabkan oleh plastik membawa kita kepada satu mesejFriday, 13 December 2013 leave me ♥?




Pada 29 Julai yang lalu, penduduk di Tershelling iaitu di sebuah pulau di utara Belanda gempar kerana terdapat seekor ikan paus sperma sepanjang 13.5 meter terdampar di situ. Penduduk di situ telah cuba menyelamatkan ikan paus tersebut namun gagal dan menyebabkan ikan paus itu mati. Penyelidik di Pusat Biodiversiti Naturalis telah menjalankan pembedahan ikan paus tersebut di Pelabuhan Harlington dan hasil pembedahan tersebut sangat mengejutkan. Ini kerana, perut ikan paus tersebut dipenuhi dengan plastik. Namun bagi penyelidik tersebut, hal ini merupakan perkara biasa kerana sudah banyak kes berlaku. Pada bulan Mac lepas, ikan paus sperma sepanjang 10 meter terdampar di Selatan Pantai Sepanyol. Paus sperma ini telah menelan sebanyak 59 item plastik yang berbeza yang berjumlah lebih daripada 37 paun. Kebanyakan plastik ini terdiri daripada cadar telus yang digunakan untuk membina rumah hijau di Almeria dan Grenada bagi tujuan penanaman tomato untuk pasaran Eropah. Selebihnya adalah beg plastik, tali sepanjang 9 meter, dua batang paip air, dua buah pasu bunga kecil dan semburan plastik kanister. Punca kematian paus sperma ini mati adalah kerana usus tersumbat.

Kejadian yang berlaku ini bukanlah kejadian yang luar biasa kerana sering berlaku tetapi kejadian ini menjadi sangat luar biasa kerana kesemua ikan paus yang terdampar berpunca kerana usus tersumbat dengan bermacam jenis sampah plastik dari laut. Pada tahun 1989, ikan paus sperma terdampar di Kepulauan Lavezzi di Laut Tyrrhenian mati akibat usus tersumbat selepas menelan beg plastik dan 100 kaki kepingan plastik. Pada tahun 1990, ikan paus sperma yang diperiksa untuk patologi di Iceland mati kerana usus tersumbat dengan plastik. Pada bulan Ogos tahun 2008, ikan paus sperma terdampar di Point Reyes, California dan perutnya dipenuhi dengan beg plastik, peralatan memancing dan tali seberat 450 paun.

Sebahagian besar rahang bawah paus sperma yang terdampar di Belanda tiada. Penangkap ikan paus menjelaskan bahawa kebanyakan paus sperma yang ditangkap, rahang bawah paus sperma jarang yang tiada. Menurut mereka, perut paus sperma yang ditangkap penuh dan sihat sebelum disembelih dan mereka mendapati bahawa perut paus sperma ini dipenuhi dengan sotong dan jarang terdapat tanda gigitan dan menunjukkan bahawa rahang bawah paus sperma tidak memainkan peranan penting dalam menangkap mangsa.

Selain paus sperma, ikan paus berparuh (beaked whales) juga makan sotong. Pada Mei 2011, ikan paus berparuh ditemui di pantai di Puerto Rico dengan sepuluh paun plastik di dalam perutnya. Pada bulan Julai 2006, ikan paus berparuh juga mati di Kepulauan Cook, Rotonga selepas menelan beg pelastik. Ikan paus sperma dan ikan paus berparuh sangat mudah terdedah dalam menelan plastik dan alat menangkap ikan kerana menyerupai mangsa mereka iaitu sotong. Penyu laut juga terdedah untuk menelan beg plastik kerana menyerupai mangsanya iaitu jeli ikan.

Ikan paus Baleen juga mengalami nasib yang sama. Bukan kerana sampah menyerupai makanan mereka tetapi kerana mereka menelan banyak air apabila makan. Pada bulan Ogos 2000, ikan paus Bryde telah terkandas berhampiran Cairns, Australia. Perutnya didapati padat sampah plastik, termasuk beg pasar raya, makanan dan serpihan beg sampah. Pada bulan April 2010, ikan paus kelabu yang mati selepas terkandas di pantai barat Seattle didapati mempunyai lebih daripada 20 beg plastik, tuala kecil, sarung tangan pembedahan, kepingan plastik, pita saluran, sepasang seluar, bola golf dan sampah lain yang terkandung dalam perutnya. Plastik tidak dicerna dan apabila berada di dalam usus, plastik akan berkumpul dan akan tersekat di usus. Bagi sesetengah ikan paus, plastik tidak membunuh haiwan secara langsung tetapi menyebabkan ikan paus kekurangan zat makanan dan penyakit yang membawa kepada penderitaan sehingga meninggal dunia.

Ikan paus bukanlah satu-satunya mangsa tong sampah kita. Dianggarkan bahawa lebih daripada satu juta burung dan 100,000 mamalia laut mati setiap tahun disebabkan serpihan plastik. Pada bulan September 2009, gambar-gambar anak-anak helang laut di Midway Atoll telah menarik perhatian orang ramai. Anak-anak helang laut ini diberi makan plastik oleh ibu bapa mereka yang terbang di lautan yang tercemar dan mengumpul apa yang kelihatan seperti makanan oleh mereka. Diet sampah manusia membunuh puluhan ribu anak-anak helang laut setiap tahun kerana kebuluran, keracunan, dan tercekik. Kita semua boleh memainkan peranan kita dengan mengehadkan penggunakan produk plastik seperti beg membeli-belah, belon, straw dan botol plastik. Jadilah pembeli yang berhemah dan menggunakan barang kitar semula serta mengitar semula barang yang telah digunakan. Ini akan dapat membantu mengurangkan pengeluaran sampah yang dihasilkan manusia.

Di bawah ini disertakan satu video mengenai burung-burung yang mati akibat daripada hasil pembuangan sampah manusia. Hayati dan sedarlah akan apa yang telah kita lakukan terhadap makhluk lain ciptaan Allah.







<