Firma
di Kanada mengambil satu langkah ke hadapan dengan memperkenalkan sejenis
kereta baru hasil daripada tumbuhan hem. Masalah alam sekitar terutamanya
masalah pencemaran yang semakin teruk menyebabkan pelbagai pihak mencari
pelbagai alternatif untuk mengurangkannya. Oleh itu, di Kanada, sebuah syarikat
kereta telah mengambil inisiatif dengan mencipta sejenis kenderaan elektrik
yang diperbuat sepenuhnya daripada sejenis tumbuhan iaitu hem.
Hem
adalah istilah yang biasa digunakan untuk sejenis tumbuhan iaitu ganja dan
produk hasil tumbuhan ini termasuklah serat, minyak, dan benih. Hem ditapis dan
menjadi produk-produk seperti makanan biji rami, minyak hem, lilin, damar,
tali, kain, pulpa, kertas, bahan api, pakaian, perubatan, kain dan banyak lagi.
Hem adalah dari jenis sativa ganja iaitu baka yang berbeza daripada ganja
indica yang digunakan untuk menghasilkan ganja . Hem menjadi ancaman yang
besar kepada pelbagai syarikat yang mengawal tenaga, kesihatan dan beberapa industri
lain kerana pelbagai fungsinya dan kerana pokok hem senang tumbuh dan membesar.
Kanada
telah mencipta sejenis kenderaan mesra alam yang diberi nama Kestrel. Kereta
empat tempat duduk yang dipanggil
Kestrel ini mempunyai lapisan luar yang berasaskan hem, di mana pemaju
mengatakan lebih ringan daripada gentian kaca dan lebih berdaya tahan daripada
besi. Beratnya dianggarkan sebanyak 2500 paun dan harganya sangat berpatutan. Kestrel
mempunyai kelajuan tertinggi iaitu 56
mph dan boleh meliputi 100 batu untuk sekali cas. Pemandu boleh cas kereta ini
semalaman sebelum menggunakannya. Dengan mengambil kira purata ulang alik
penduduk, jarak ini memenuhi malah melebihi jarak perjalanan pengguna.
Pengarah
pembangunan Industri Motif, Nathan Armstrong
yang berpangkalan di Calgary mempunyai pilihan untuk menggunakan gentian
tumbuhan industri seperti kenaf dan flaks, serta hem. Namun beliau dan rakannya
memilih hem kerana tanaman ini mudah ditanam dan menghasilkan lebih banyak
serta memerlukan air yang sedikit dan racun perosak sahaja bagi tumbuhan ini
tumbuh.
Menurut
Steve Dallas iaitu presiden Toronto Electric,
komposit hem badan kereta Krestel ini lulus ujian kemalangan dengan cemerlang
dan tidak sama seperti keluli kerana panel kembali ke dalam bentuk asal selepas
hentakan.
Kereta
berasaskan hem ini bukanlah satu konsep yang baru kerana lagenda automotif iaitu
Henry Ford pernah membina kereta daripada hem pada tahun 1941. Tetapi ia tidak
berjaya kerana pengguna ketika itu lebih berminat dengan kenderaan yang
diperbuat daripada besi.
Apabila
berfikir mengenai kereta, kita pasti akan berfikir mengenai petrol, keluli,
pencemaran dan lain-lain. Walaupun sudah mempunyai beberapa kereta inovatif dan
cantik, sukar untuk mengabaikan kesan alam sekitar yang disebabkan oleh kereta.
Walaupun salah seorang pengasas dan pengeluar kereta utama cuba mencipta
kenderaan yang selamat, kuat dan bersih untuk alam sekitar tetapi penciptaannya
gagal dan mengecewakan. Penting untuk kita ingat bahawa kita bukan sahaja perlu
melihat faktor pencemaran bahan yang digunakan tetapi kita juga perlu sedar
pencemaran juga disebabkan oleh faktor pembuatan iaitu membuat kereta
menggunakan bahan-bahan mentah.
Namun,
hem mematuhi setiap piawaian alam sekitar. Hem adalah sumber alam yang
berkekalan selamanya dan tidak terhad. Ini adalah masa yang sesuai untuk kita
semua berubah dan melaksanakan kaedah baru dalam teknologi yang tidak akan
menjejaskan alam ini. Armstrong juga berpendapat bahawa kereta hem mungkin
berjaya kali ini kerana akan berlaku kemelesetan ekonomi. Apabila kemelesetan
ekonomi melanda, pengeluar gentian kaca akan menutup relau dan memaksa banyak
pengeluar untuk mencari komposit lain. Hem yang mempunyai sifat-sifat mekanik
yang sama seperti kaca akan menjadi pilihan kerana ianya lebih ringan daripada
kaca.
Kanada hijau bersama kereta hem? Posted by Sunday, 15 December 2013 22:01 with 0 notes | add more notes