<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7070921759824583856?origin\x3dhttp://pemajuhijau.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Pembangunan Hijau.

Twitter.

Archives.

Malaysia mempunyai kadar penebangan hutan tertinggi di duniaSaturday, 14 December 2013 leave me ♥?



Malaysia mempunyai kadar tertinggi kehilangan hutan di dunia antara tahun 2000 hingga 2012, menurut satu peta baru hutan global yang dibangunkan dengan kerjasama Google.

Kehilangan hutan di Malaysia dalam tempoh tersebut adalah sebanyak 14.4 peratus. Jika diterjemahkan kepada bentuk kilometer persegi, jumlah peratus tersebut adalah 47.278 kilometer persegi (18,244 batu persegi) dan boleh dikatakan kawasan hutan yang ditebang ini melebihi luas kawasan negeri Denmark.

Kehilangan hutan di Malaysia sebahagiannya telah diimbangi sebanyak 25,978 km persegi dengan perlindungan tumbuhan daripada pemulihan semula jadi, penanaman semula hutan dan industri perladangan kelapa sawit. Dalam tempoh tersebut, ladang kelapa sawit Malaysia meningkat sebanyak 50 peratus atau 17,000 km persegi.

Ladang tidak setanding dengan hutan semula jadi dari segi biodiversitinya, penyimpanan karbon atau penyenggaraan perkhidmatan ekosistem kerana Malaysia mengalami penurunan yang sangat banyak berbanding melalui hutan semula jadi. Kehilangan hutan di Malaysia kebanyakannya berlaku di hutan tebal yang meliputi pokok melebihi 50 peratus yang secara amnya menyimpan karbon yang paling kaya tetapi kini kehidupan liar termasuk orang utan, gajah, badak sumatera dan harimau bintang terancam habitat dan spesisnya.




Selepas berdekad-dekad pembalakan yang tidak mampan dijalankan sehingga habis stok kayu dan menjejaskan daya maju pengurusan perhutanan tradisional, hutan Malaysia kini ditukar untuk industri perladangan kelapa sawit. Industri minyak sawit adalah satu kuasa politik yang kuat di negara ini.



Ringkasan perubahan penggunaan tanah di Malaysia (bawah). Ruangan Kiri: penggunaan tanah sebelum penubuhan ladang kelapa sawit baru (di sudut kiri yang lebih rendah adalah peningkatan tahunan jumlah di ladang-ladang kelapa sawit). Ruangan Tengah: nasib tanah berikut penukaran hutan (di sudut kiri yang lebih rendah adalah kadar tahunan penebangan hutan). Ruangan kanan: perubahan bersih penggunaan tanah setiap tempoh lima tahun. Dari Historical CO2 emissions from land use and land cover change from the oil palm Industry in Indonesia, Malaysia and Papua New Guinea.


Dan Zarin, pengarah program Iklim dan Guna Tanah Alliance berkata bahawa perdagangan hutan semula jadi hutan mewakili kerugian bersih untuk planet ini. Tambah beliau lagi, penebangan hutan dan digantikan dengan penanaman pokok tidak boleh dilakukan kerana hutan semula jadi ini sangat berharga untuk karbon dan biodiversiti.

Kadar kehilangan hutan di Malaysia dalam tempoh tersebut adalah hampir 50 peratus lebih tinggi daripada negara seterusnya yang menduduki kadar kehilangan hutan tertinggi iaitu Paraguay sebanyak 9.6 peratus. Kehilangan kawasan hutan di Paraguay menduduki tempat kesembilan selepas Rusia, Brazil, Amerika Syarikat, Kanada, Indonesia, China, Republik Demokratik Congo, dan Australia. Kehilangan hutan bersih di Malaysia pula adalah sebanyak 21,480 km persegi dan berada di kedudukan ke-12 di peringkat global.

Data yang telah dikeluarkan pada peta ini dibangunkan oleh pasukan penyelidik dari University of Maryland, Google Inc, NASA, USGS, South Dakota State University, Woods Hole Research Center dan Yayasan Gordon and Betty Moore. Peta yang telah diperincikan dalam jurnal sains adalah berdasarkan 650,000 imej yang ditangkap oleh kamera NASA Landsat pada resolusi 30 meter.

Menurut ketua projek yang diketuai oleh Matthew Hansen dari University of Maryland, peta ini mewakili satu kemajuan penting ke arah memahami perubahan ekologi yang mengiringi perubahan dalam hutan. Menurut Hansen, peta pertama ini menunjukkan perubahan hutan yang konsisten di peringkat global dan tempatan yang relevan.  Kerugian atau keuntungan hutan penting dalam aspek ekosistem termasuklah peraturan iklim, penyimpanan karbon, biodiversiti dan air tetapi hingga kini masih tidak ada cara untuk mendapatkan data secara tepat dan perinci serta mudah didapati berasaskan satelit yang meliputi perubahan bentuk hutan dari skala tempatan ke global.


Kawasan hutan yang hilang di Semenanjung Malaysia. Beberapa kehilangan hutan Malaysia termasuk penanaman semula ladang yang sedia ada - versi semasa peta tidak membezakan antara hutan semula jadi dan ladang.

Brazil menggunakan data Landsat untuk mendokumentasikan arah aliran penebangan hutan dan menggunakan maklumat ini dalam penggubalan dasar dan pelaksanaan. Dengan pemetaan global, perubahan hutan setiap negara dapat diakses untuk mendapatkan maklumat sebegini sama ada maklumat negara mereka sendiri atau seluruh dunia.

Kini terpulang kepada negara Malaysia sama ada data yang ada ini hanya untuk dilihat tanpa diambil sebarang tindakan atau mengambil langkah untuk mengawal penebangan hutan ini.  


<