Pada
tahun 2011, sebuah akhbar tempatan telah menulis mengenai isu sampah yang
semakin banyak dan tidak terurus di Malaysia. Menurut laporan tersebut, sampah
di Malaysia boleh diibaratkan sebesar negeri Perlis dalam masa lima hari. Ini
kerana, sampah yang terdapat di Malaysia jika dikumpul dan diratakan boleh
menutupi seluruh negeri di utara tanah air itu yang berkeluasan 810 kilometer
persegi.
Dalam
tempoh setahun sebanyak 1.8 juta tan sampah dibuang oleh penduduk Malaysia atau
purata sebanyak 1.3 kilogram bagi setiap penduduk. Statistik yang dikeluarkan
oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam menunjukkan bagi
tahun 2008 sahaja, jumlah sampah domestik bagi Kuala Lumpur dan Selangor adalah
sebanyak 1.84 juta tan. Jumlah itu terus meningkat kepada 1.92 juta tan sampah
pada tahun 2009 dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat seiring dengan
jumlah penambahan penduduk lebih-lebih lagi dengan kebanjiran pendatang asing
ke Malaysia.
Menjelang
tahun 2020, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara menjangkakan jumlah ini akan
bertambah menjadi 30,000 tan sehari. Jumlah sampah ini akan meningkat di antara
tiga hingga lima peratus setiap tahun. Namun, pada tahun 2013 ini Jabatan Sisa
Pepejal Negara mencatatkan jumlah sisa pepejal sebanyak 29,000 tan sehari.
Jumlah ini hampir kepada jangkaan untuk tahun 2020 tetapi jumlahnya sudah
hampir tercapai pada tahun 2013. Walaupun angka yang dicatat mengejutkan ramai
pihak namun masih terdapat ramai rakyat Malaysia yang tidak memandang serius
mengenai masalah pengurusan sisa pepejal ini. Mereka masih tidak mengendahkan
masalah ini dengan membuang sampah sesuka hati mereka dan tidak mempraktikkan
kitar semula dalam kehidupan seharian bagi menjaga alam sekitar. Walaupun telah
banyak kempen dijalankan bagi mendedahkan dan memberi pengetahuan mengenai
kitar semula namun rakyat Malaysia masih dengan sikap lama mereka.
Daripada
anggaran 20,000 tan sisa pepejal dibuang setiap hari, 45 peratus adalah sisa
makanan, 24 peratus plastik, tujuh peratus kertas, enam peratus bahan logam,
tiga peratus kaca dan bakinya adalah lain-lain.
Sikap membazir membuang sisa makanan ketara di kawasan bandar berbanding
penduduk di kampung mahupun pendalaman yang banyak mengitar semula makanan yang
tidak habis dengan memberikannya kepada haiwan ternakan seperti ayam dan itik.
Disebabkan jumlah buangan sisa pepejal semakin banyak, kemudahan-kemudahan
sedia ada seperti tapak pelupusan dan stesen pemindahan sisa pepejal berdepan
masalah penghasilan leachate (air
larut resap) dan bau yang tidak menyenangkan. Oleh itu, Jabatan Pengurusan Sisa
Pepejal Negara ingin melaksanakan Loji Rawatan Termal (Insinerator) seperti
yang telah dilakukan oleh negara-negara maju yang lain. Loji Rawatan Termal
(Insinerator) merupakan alternatif terbaik dalam melupuskan sisa pepejal kerana
ia melibatkan ruang yang kecil berbanding tapak pelupusan, mengurangkan masalah
bau, isu leachate (air larut resap)
dapat ditangani. Malah kemudahan ini juga dapat menghasilkan sumber tenaga yang
boleh diperbaharui (renewable energy)
yang dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan bakar fossil.
Loji
Rawatan Termal (Insinerator) ini merupakan teknologi terkini dalam pengurusan
sisa pepejal dan memerlukan pelaburan duit yang banyak bagi melaksanakannya.
Negara Malaysia boleh melaksanakannya kerana ia merupakan pelaburan yang
berbaloi untuk masa kini dan masa depan negara dalam membantu menguruskan sisa
pepejal yang semakin banyak di Malaysia. Namun begitu, loji rawatan ini hanya
mampu menguruskan sisa pepejal sahaja. Sisa buangan yang semakin meningkat ini
tidak dapat dikurangkan jika rakyat Malaysia sendiri tidak berusaha untuk
berubah dengan mengawal jumlah sisa pepejal mereka yang semakin tinggi dari
hari ke hari. Jika tidak, pasti negara ini akan dilitupi oleh sampah dan sisa
buangan seperti yang dinyatakan pada perenggan pertama di atas. Oleh itu,
sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berusaha mengawal pembuangan sisa
pepejal dengan mengitar semula barang yang tidak digunakan dan juga mengelak
daripada melakukan pembaziran makanan. Ini semua dapat membantu mengurangkan
jumlah pembuangan sisa pepejal.
Malaysia dan Sampah Posted by Tuesday, 17 December 2013 10:21 with 0 notes | add more notes