<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7070921759824583856?origin\x3dhttp://pemajuhijau.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Pembangunan Hijau.

Twitter.

Archives.

Pencemaran UdaraTuesday, 17 December 2013 leave me ♥?

Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki  tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.
Menurut Wark dan Warner(1901),pencemaran udara adalah kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan.Udara merupakan campuran daripada gas yang terdiri dari 78% nitrogen, 20% oksigen, 0.93 % argon, 0.03% karbon dioksida, dan sisanya terdiri dari neon, helium, metana dan hidrogen. Udara dikatakan tercemar apabila berbezanya kandungan udara aktual dengan keadaan udara normal. Jenis-jenis bahan pencemar yang terdapat dalam kandungan udara adalah seperti sulfur dioksida, karbin monoksida, nitrogen dioksida dan ozon, allergen dan plumbum dan logam-logam ini.
JENIS PENCEMARAN UDARA
Terdapat beberapa jenis pencemaran udara yang berlaku pada hari ini seperti pencemaran udara primer. Ianya merupakan satu penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus akan terampai-ampai di udara dan memberi kesan negatifkepada kesihatan manusia.Kebiasaannya pencemaran ini dibebaskan melalui ekzos kenderaan,kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Berikutnya adalah pencemaran udara sekunder. Ianya merupakan satu tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan terus membentuk bersama gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas-gas lain.Contohnya gabungan sulfur dioksida,sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfuric.Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nirat (PAN).

PUNCA PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan,penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.Selain itu,pembakaran di tempat pelupusan,pembakaran terbuka di Bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.Bahan-bahan seperti sampah sarap,sisa makanan dan sebagainya juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran sampah.Ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku pencemaran tersebut.Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari sumber-sumber semulajadi seperti gunung berapi,pembakaran sisa-sisa kayu atau jerami-jerami padi secara berleluasa.Namun demikian,bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pendalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak,perlombongan yang menghasilkan habuk atau amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina,letusan gunung berapi,tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.
           



            Jerebu merupakan antara punca penting berlakunya masalah pencemaran udara di Malaysia. Dewasa ini kita kerap mendengar Malaysia mengalami masalah jerebu disebabkan oleh pembakaran terbuka yang dilakukan di Indonesia. Ianya memberikan kesan yang serius kepada Malaysia akibat daripada pembakaran tersebut. Setiap tahun masalah ini pasti berlaku yang mana kawasan barat semenanjung merupakan antara kawasan yang teruk terjejas akibat jerebu yang berlaku tersebut. Indeks pencemaran udara (IPU) digunakan untuk menetukan kualiti udara di sesebuah kawasan yang melibatkan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Fungsi IPU adalah untuk mengkaji kadar tahanp pencemaran udara terutama jerebu daripada pembakaran terbuka dan beberapa faktor lain. seperti yang sedia maklum. Kesan jerebu adalah sangat bahaya kepada kesihatan manusia kerana ianya mengandungi bahan kimia dan toksid akibat pembakaran terbuka. Tahap IPU terbahagi kepada beberapa tahap seperti jadual dibawah. IPU pada tahap 101 keatas adalah tidak selamat dan boleh memudaratkan kesihatan.

TAHAP-TAHAP INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)



Di Malaysia, setiap tahun masalah jerebu ini berlaku. Sebagai contoh, maslah jerebu yang dicatatkan bacaannya dalam indeks pencemaran udara (IPU) pada 25 JUN 2013 bagi kawasan-kawasan berikutnya sehingga jam 7 pagi.
Negeri
Lokasi
IPU ( 7AM)
Johor
Kota Tinggi
62
Johor
Larkin Lama
82
Johor
Muar
165
Melaka
Bandaraya Melaka
135
Pahang
Jerantut
137
Negeri Sembilan
Nilai
177
Selangor
Banting
292
Selangor
Shah Alam
289
Selangor
Pelabuhan Klang
487
Terengganu
Kemaman
125
Wilayah Persekutuan
Putrajaya
195
Wilayah Persekutuan
Cheras
186

Bacaan tersebut menunjukkan perbezaan Indeks Percemaran Udara (IPU) di kawasan-kawasan tertentu. Ianya menunjukkan ada kawasan yang berada pada bacaan yang berbahaya iaitu dilarang sama sekali masyarakat di kawasan tersebut menjalankan aktiviti luar rumah. Ianya bacaan yang berada pada tahap tertinggi dan boleh menyebabkan berlakunya masalah kesihatan kepada yang tidak mematuhi peraturann yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.


KESAN PENCEMARAN UDARA
1) KESIHATAN MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.
2) TUMBUHAN
Selain itu,kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut. Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.
3) HAIWAN
Manakala kesan pada haiwan ialah haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.
4)BAHAN
Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Hal ini disebabkan  daripada pengenapan asap atau zarah halus.Selain itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida didalam udara.

5) PENYUSUTAN LAPISAN OZON
Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
6)HUJAN ASID
Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya hujan asid.Hal ini disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut akan terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia.Akibat daripada itu,ia akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu,ia boleh menghakis pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air hujan tersebut juga akan meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.
7)KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL
Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.Pemanasan global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.Kesan ini akan menyebabkan,permukaan bumi menjadi panas,ekosistem terganggu, banjir akan berlaku secara kerap.
8) ATMOSFERA
Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera.Hal ini menyebabkan jarak penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan persekitaran yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku.

KESIMPULAN
Masalah pencemaran udara yang berlaku pada hari ini di Malaysia berada pada tahap yang lebih membimbangkan dari hari ke hari. Ianya adalah disebabkan oleh faktor manusia sendiri yang menyumbang kepada berlakunya masalah pencemaran udara ini. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai sikap akan rasa tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar sepuya masalah-masalah alam sekitar seperti pencemaran udara tidak terus berlaku pada tahap yang buruk dari hari ke hari. Masyarakat perlu memainkan peranan mereka supaya faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah pencemaran udara dapat dielakkan dan mencari alternatif lain yang tidak menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Selain itu, pihak kerajaan melalui pihak berwajib seperti Jabatan Alam Sekitar perlu meningkatkan undang-undang yang sedia ada dan melakukan pemantauan yang kerap terhadap kualiti udara di Malaysia. Secara tidak langsung masalah pencemaran udara dapat dikurangkan dari masa ke semasa dan kita berharap suatu hari nanti negara ini bebas daripada pencemaran udara.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgv0KqLdcTesblLzoc78w5BcchbVTWCQrvxRqtcgkq_mhzNfHE9QBlGVlZS93CsIZE1moccDzf35la3l8XbHnv9frKuMQWGqHYk1MM5C7KYI0gE-dhN1kdsgmDjCDaTrdHrSKw-5UH9m4M/s1600/Indek+Pencemaran+Udara.jpg




<